KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

Profil Korporat

Profil Korporat > Tentang Kami


Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) adalah sistem yang diselia oleh Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Bahagian ini dahulunya dikenali sebagai Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI). Terdapat empat (4) seksyen dan satu (1) unit di bawah BKPI iaitu:

  1. Seksyen Pengurusan Penyelidikan;
  2. Seksyen Kecemerlangan Penyelidikan;
  3. Seksyen Dana Khas dan Penyelarasan;
  4. Seksyen Pusat Kecemerlangan; dan
  5. Unit Khidmat Pengurusan

Salah satu fungsi utama BKPI ialah merancang, memantau dan menyelaras projek-projek penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) merangkumi proses permohonan, penilaian, kelulusan dan pemantauan. Empat (4) kategori geran penyelidikan utama yang ditawarkan di bawah program DP KPT ialah:

  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (Fundamental Research Grant Scheme (FRGS));
  2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (Prototype Development Research Grant Scheme (PRGS));
  3. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS)); dan
  4. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (Long Term Research Grant Scheme (LRGS)).

BKPI juga bertanggungjawab dalam pengurusan permohonan, penilaian dan pemantauan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB).


Selain itu, Bahagian ini turut mengurus dan menyelaras proses pengiktirafan, pelaksanaan dan pemantauan impak Universiti Penyelidikan (RU), mengurus dan menyelaras permohonan Pusat Kecemerlangan (CoE) untuk diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE), serta merancang, memantau dan menyelaras geran penyelidikan khas dan geran padanan (antarabangsa/ industri).



 
Jumlah Capaian : 401367
 
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 394
'.Semalam.' Keseluruhan 4927562
Rabu, 30 November 2022
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS