KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA
HASIL PENYELIDIKAN
 
SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)
Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini, sebuah dana khusus diperlukan bagi memenuhi aspirasi tersebut. Falsafah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah untuk menggalakkan penyelidikan asas agar dapat menjana ilmu baharu beracuan Malaysia yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.
 
SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)
Kebanyakan hasil penyelidikan pembangunan prototaip tidak dapat dikomersialkan kerana hasil penyelidikan masih di peringkat awal. Untuk kesinambungan, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersialan bagi tujuan penciptaan teknologi baharu selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.
 
SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)
Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang fokus yang telah dikenalpasti.

LRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai institusi dan bersifat multi disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam bidang-bidang fokus tertentu.
 
SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANS DISIPLINARI (TRGS)
Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) merangkumi penyelidikan fundamental dan eksploratori yang dapat menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, perkembangan sempadan ilmu, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

TRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai kluster penyelidikan dan bersifat trans disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam kluster tertentu.
 
Dikemaskini pada 8 Ogos 2022
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 454
'.Semalam.' Keseluruhan 5562013
Jumaat, 26 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS