Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) diperkenalkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan menyediakan dana pra pengkomersialan yang melibatkan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.
Pembiayaan dana MyLAB meliputi sepuluh (10) Pemacu Sosioekonomi bagi Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) seperti berikut:-
- Tenaga (Energy);
- Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (Business and Financial Services);
- Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Culture, Arts and Tourism);
- Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (Medical and Healthcare);
- Teknologi dan Sistem Pintar (Kejuruteraan dan Pembuatan Generasi Baharu (Smart Technology and Systems (Next Generation Engineering and Manufacturing));
- Bandar Pintar dan Pengangkutan (Smart Cities and Transportation);
- Air dan Makanan (Water and Food);
- Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry);
- Pendidikan (Education); atau
- Alam Sekitar dan Biodiversiti (Environment and Biodiversity).
Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (Government Linked University (GLU)) selaku Universiti Peneraju dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2024).
Permohonan geran MyLAB 1/2024 dibuka pada 19 Ogos 2024 dan tarikh tutup adalah pada 30 Oktober 2024 (penghantaran full proposal). Penghantaran slaid 'project pitching' adalah selewat-lewatnya pada 23 September 2024 (Isnin).
- TARIKH PENGHANTARAN SLAID 'PROJECT PITCHING': 23 SEPTEMBER 2024
- TARIKH SESI 'PROJECT PITCHING': 4 - 6 OKTOBER 2024
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN MyLAB 1/2024 (FULL PROPOSAL): 30 OKTOBER 2024
|
- Permohonan mestilah disyorkan oleh Pusat Pemindahan Teknologi (TTO)/Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)/pejabat setara di Universiti dan permohonan terhad kepada maksimum tiga (3) cadangan projek bagi setiap kitaran.
- Pusat Pemindahan Teknologi (TTO)/Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)/pejabat setara di Universiti perlu membuat saringan awal dan mengemukakan/mengesyorkan cadangan projek yang berpotensi. Cadangan projek tersebut perlu disediakan berdasarkan format slaid ‘project pitching’ yang telah ditetapkan oleh JPT, KPT seperti di Lampiran dan slaid tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 23 September 2024 (Isnin) melalui e-mel mylabbpki@mohe.gov.my.
- Cadangan projek yang telah disenarai pendek selepas penilaian 'project pitching' perlu menghantar dokumen permohonan cadangan penuh (full proposal) bagi geran MyLAB dengan melengkapkan Lampiran A : Borang Permohonan Geran MyLAB (Seksyen A hingga D) oleh kumpulan penyelidik dan kolaborator.
- Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan lima (5) salinan cetak/ salinan keras Borang Permohonan Geran MyLAB yang lengkap melalui Pusat Pemindahan Teknologi (TTO) / Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) / pejabat setara di Universiti masing-masing. Salinan lembut (softcopy) borang permohonan tersebut dan dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam pemacu pena (pendrive) dan dihantar kepada urus setia MyLAB. Pihak TTO / RMC / pejabat setara di Universiti juga perlu mengesahkan dan menghantar Borang Ringkasan Permohonan Geran MyLAB dan Senarai Semak Penghantaran Dokumen Permohonan Geran MyLAB.
- Dokumen permohonan geran MyLAB yang lengkap perlu dikemukakan kepada urus setia kepada alamat berikut:
Urus Setia MyLAB
Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 7, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA.
E-mel : mylabbpki@mohe.gov.my
- Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Urus setia MyLAB: |
i. |
Encik Azlan bin Abdul Samat |
: |
03-8870 6979 |
ii. |
Cik Nurul Nadheerah binti Baharudin |
: |
03-8870 6954 |
iii. |
Encik Muhammad Akmal Haziq bin Ahmad Azizi |
: |
03-8870 6000 samb. 4581 |
iv. |
Puan Juita binti Baba |
: |
03-8870 6956 |
|