KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (IMaP)

FALSAFAH

  • Universiti perlu menjadi pilihan utama kepada pihak industri sebagai rakan strategik dalam penyelidikan untuk memberi penyelesaian atau memenuhi keperluan industri melalui inovasi produk atau proses menggunakan kepakaran penyelidik. Melalui inisiatif IMaP, penglibatan industri secara langsung dalam penyelidikan dapat ditingkatkan dan dapat menggalakkan penciptaan teknologi dan inovasi dalam negara.
  • IMaP merupakan satu inisiatif yang menyokong Pelan Strategi 1.4 - Mengukuhkan Ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan dalam Pelan Induk Industri Baharu (NIMP) 2030.

PROGRAM PADANAN INDUSTRI

Dana yang diwujudkan bagi mengukuhkan penglibatan industri dalam penyelidikan sebagai rakan strategik para penyelidik dari Universiti dan Politeknik.


OBJEKTIF

  • Program penyelidikan ini ditawarkan kepada kakitangan akademik Universiti Awam selain Universiti Penyelidikan untuk meningkatkan penyelidikan dan pemindahan teknologi di antara Universiti/Politeknik dan industri
  • Inisiatif ini dapat membantu dan menggalakkan penyelidik untuk meneruskan penyelidikan berdasarkan hasil penyelidikan awal sehingga ke penyelidikan gunaan/eksperimental yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada industri malah komuniti.
  • Inisiatif strategik ini dapat mengoptimumkan perkongsian sumber dana, teknologi, sumber manusia dan ilmu kepakaran di antara Universiti/Politeknik dan industri.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan setara) sepenuh masa di Universiti Awam selain Universiti Penyelidikan dengan kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana.
  • Cadangan penyelidikan yang dikemukakan mestilah bukan penyelidikan fundamental.
  • Cadangan penyelidikan mestilah bertujuan untuk penyelesaian masalah industri atau penambahbaikan produk/proses/sistem atau lain-lain keperluan industri.
  • Pihak industri yang ingin dilibatkan adalah terbuka kepada syarikat tempatan atau antarabangsa.
  • Cadangan penyelidikan mestilah telah memperoleh Letter of Intent (LOI) dari pihak industri yang mengandungi naratif kebolehlaksanaan (feasibility) merangkumi masalah industri, bentuk kerjasama dan jumlah sumbangan dana/geran.
  • Nilai dana/geran padanan yang bersesuaian daripada industri hendaklah ditentukan berdasarkan persetujuan di antara pihak universiti dengan pihak industri.

KRITERIA PENILAIAN

  • Kesempurnaan kertas cadangan penyelidikan (proposal);
  • Latar belakang projek;
  • Kesesuaian industri;
  • Pernyataan permasalahan industri yang jelas;
  • Translational Potential;
  • Impak projek kepada komuniti, industri, universiti, negara dan alam sekitar (quintuple helix);
  • Kesesuaian/keupayaan Ketua Projek, Ketua Projek Bersama dan ahli penyelidik bersama;
  • Cadangan penyelidikan mesti memperlihat potensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara; dan
  • Lain-lain kriteria yang relevan.

SILING PERUNTUKAN

Siling peruntukan adalah RM500,000.00 bagi setiap permohonan.


TEMPOH PENYELIDIKAN

  • Tempoh penyelidikan maksimum adalah 18 bulan selepas Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai.
  • Ketua Projek bertanggungjawab memastikan MoA diperoleh dalam tempoh tiga (3) bulan selepas keputusan dimaklumkan oleh Kementerian.


 
Dikemaskini pada 6 Mar 2024
Jumlah Capaian : 5677
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 391
'.Semalam.' Keseluruhan 5562836
Sabtu, 27 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS