KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL PENYELIDIK MUDA (FRGS-EC)

FALSAFAH

Falsafah FRGS-EC adalah untuk menggalakkan penyelidikan asas agar dapat menjana ilmu baharu beracuan Malaysia yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan yang menjadi salah satu faktor mendorong ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.


PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL

Penyelidikan fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baharu beracuan Malaysia demi perkembangan ilmu.


OBJEKTIF

  • Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baharu beracuan Malaysia yang menjadi pemangkin kepada penemuan baharu yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.
  • Persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan dalam kalangan penyelidik baharu agar dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menerapkan kaedah pementoran sebagai keperluan dalam pelaksanaan projek penyelidikan.

DOMAIN PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah memenuhi salah satu domain penyelidikan seperti berikut:-

  • Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  • Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  • Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  • Sains Sosial (Social Sciences)
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  • Warisan dan Alam Sekitar (Environment and Heritage)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Kakitangan akademik aktif berjawatan tetap, gred 52/51 dan ke bawah dan berkelulusan PhD;
  • Mempunyai pengalaman sebagai ahli akademik tidak melebihi tujuh (7) tahun;
  • Tidak pernah menerima mana-mana geran penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai ketua projek;
  • Setiap pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu (1) permohonan sahaja pada setiap fasa;
  • Pemohon hanya boleh menerima sekali sahaja geran FRGS-EC sepanjang perkhidmatan;
  • Seorang mentor hendaklah dikenal pasti dan dilantik dalam kalangan kakitangan akademik yang berpengalaman (berjawatan gred 54 dan ke atas) dari universiti masing-masing atau universiti lain dalam bidang kepakaran yang sama.

KRITERIA PENILAIAN

  • Semua syarat dan peraturan garis panduan telah dipatuhi oleh pemohon;
  • Pemohon telah mengemaskini profil peribadi di dalam sistem MyGRANTS. Profil penyelidik merupakan rujukan bagi penilaian kepatuhan terhadap syarat permohonan;
  • Cadangan penyelidikan yang dikemukakan mestilah memenuhi salah satu kriteria berikut:
    • Penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ proses baharu yang berpotensi untuk dikembangkan;
    • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada;
    • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat.
  • Cadangan penyelidikan mesti memperlihat potensi untuk menyumbang kepada agenda strategik dalam dan luar negara.

SILING PERUNTUKAN

Peruntukan yang dipohon tidak boleh melebihi siling RM30,000.00.


TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah dua (2) tahun sahaja.


 
Dikemaskini pada 6 Mar 2024
Jumlah Capaian : 5671
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 317
'.Semalam.' Keseluruhan 5562762
Sabtu, 27 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS