Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.
Pembiayaan dana MyLAB meliputi sepuluh (10) Pemacu Sosioekonomi bagi Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) seperti berikut:-
- Tenaga (Energy);
- Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (Business and Financial Services);
- Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Culture, Arts and Tourism);
- Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (Medical and Healthcare);
- Teknologi dan Sistem Pintar (Kejuruteraan dan Pembuatan Generasi Baharu (Smart Technology and Systems (Next Generation Engineering and Manufacturing));
- Bandar Pintar dan Pengangkutan (Smart Cities and Transportation);
- Air dan Makanan (Water and Food);
- Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry);
- Pendidikan (Education); atau
- Alam Sekitar dan Biodiversiti (Environment and Biodiversity).
Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (Government Linked University (GLU)) selaku Universiti Peneraju dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2023).
Permohonan geran MyLAB 1/2023 dibuka pada 4 September 2023 dan tarikh tutup adalah pada 30 November 2023 (penghantaran full proposal).. Penghantaran slaid 'project pitching' adalah selewat-lewatnye pada 6 Oktober 2023 (Jumaat).
- TARIKH PENGHANTARAN SLAID 'PROJECT PITCHING': 6 OKTOBER 2023
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN MyLAB 1/2023 (FULL PROPOSAL): 30 NOVEMBER 2023
|
- Permohonan mestilah dicalonkan oleh Pusat Pemindahan Teknologi (TTO)/Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)/pejabat setara di Universiti.
- Pusat Pemindahan Teknologi (TTO)/Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)/pejabat setara di Universiti perlu membuat saringan awal dan mengemukakan/mencalonkan cadangan projek yang berpotensi. Cadangan projek tersebut perlu disediakan berdasarkan format slaid ‘project pitching’ yang telah ditetapkan oleh JPT, KPT seperti di Lampiran dan slaid tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 6 Oktober 2023.
- Cadangan projek yang telah disenarai pendek perlu menghantar dokumen permohonan cadangan penuh (full proposal) bagi geran MyLAB dengan melengkapkan Lampiran A : Borang Permohonan Geran MyLAB (Seksyen A hingga E) oleh kumpulan penyelidik dan kolaborator.
- Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan lima (5) salinan Borang Permohonan Geran MyLAB yang lengkap melalui Pusat Pemindahan Teknologi (TTO) / Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) / pejabat setara di Universiti masing-masing. Softcopy Borang Permohonan tersebut dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam (compact disc / pendrive) dan dihantar kepada urus setia MyLAB. Pihak TTO / RMC / pejabat setara di Universiti juga perlu mengesahkan dan menghantar Borang Ringkasan Permohonan Geran MyLAB dan Senarai Semak Penghantaran Dokumen Permohonan Geran MyLAB.
- Dokumen permohonan geran MyLAB tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia kepada alamat berikut:
Urus Setia MyLAB
Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 7, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA.
E-mel : mylabbpki@mohe.gov.my / mylabbkpi@gmail.com
- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Urus setia MyLAB: |
i. |
Puan Rohida binti Kamis |
: |
03-88706979 |
ii. |
Cik Nurul Nadheerah binti Baharudin |
: |
03-8870 6954 |
iii. |
Encik Muhammad Akmal Haziq bin Ahmad Azizi |
: |
03-8870 6000 samb. 4581 |
iv. |
Puan Juita binti Baba |
: |
03-8870 6956 |
|