KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALAYSIA
Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)
Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.
Program MyLAB diharap berupaya memacu ke arah pengkomersialan produk/teknologi hasil penyelidikan bagi mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang keluaran termaju (cutting edge).
Pembiayaan dana MyLAB meliputi sepuluh (10) bidang teknologi yang telah dikenal pasti seperti berikut:
Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Permohonan Geran MyLAB (Pindaan Julai 2020).
Permohonan Geran MyLAB adalah dibuka sepanjang tahun manakala proses penilaian hanya dilaksanakan pada bulan Mac dan September setiap tahun.
*TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN PERMOHONAN MyLAB 2/2020: 28 OGOS 2020
KAEDAH PERMOHONAN: