KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)

Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.

Program MyLAB diharap berupaya memacu pengkomersialan produk/teknologi hasil penyelidikan bagi mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang keluaran termaju (cutting edge).

Pembiayaan dana MyLAB meliputi sembilan (9) bidang teknologi yang telah dikenal pasti seperti berikut:-

  1. Pembuatan dan Pembinaan Termaju
  2. Aeroangkasa
  3. Automotif dan Logistik
  4. Sumber Asli dan Galian
  5. Tenaga Boleh Diperbaharui
  6. Penjagaan Kesihatan
  7. Keselamatan Nasional
  8. Kecukupan Makanan
  9. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi

Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (Government Linked University (GLU)) selaku Universiti Peneraju dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2021).

Permohonan geran MyLAB 1/2021 dibuka pada 1 April 2021 dan tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2021.

*TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN MyLAB 1/2021:
31 MEI 2021


KAEDAH PERMOHONAN:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Lampiran A : Borang Permohonan Geran MyLAB (Seksyen A hingga E) oleh kumpulan penyelidik dan kolaborator terdiri daripada Universiti Awam/Swasta/Institut Penyelidikan dan industri.
  2. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan lima (5) salinan Borang Permohonan Geran MyLAB yang lengkap melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) / Pusat Pemindahan Teknologi (TTO) / pejabat setara di Universiti masing-masing. Softcopy Borang Permohonan tersebut dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam (compact disc / pendrive) dan dihantar kepada urus setia MyLAB. Pihak RMC / TTO / pejabat setara di Universiti juga perlu mengesahkan dan menghantar Borang Ringkasan Permohonan Geran MyLAB dan Senarai Semak Penghantaran Dokumen Permohonan Geran MyLAB.
  3. Dokumen permohonan geran MyLAB perlu dikemukakan kepada urus setia kepada alamat berikut:
    Urus Setia MyLAB Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI) Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 7, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 PUTRAJAYA. E-mel : mylabbpki@mohe.gov.my / mylabbkpi@gmail.com
  4. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    Urus setia MyLAB:
    i. Puan Rohida binti Kamis : 03-88706979
    ii. Cik Nurul Nadheerah Baharudin : 03-8870 6954
    iii. Encik Mohamad Saifullah Akmal bin Mohd Azmi : 03-8870 6000 samb. 4579
    iv. Puan Juita Baba : 03-8870 6956
    No. Faks : 03-8870 6867

 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 591225
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 428
'.Semalam.' Keseluruhan 5561066
Khamis, 25 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS