KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

GERAN PENYELIDIKAN MALAYSIA-SPAIN INNOVATING PROGRAM (MySIP)

LATAR BELAKANG

Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAiR) merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengukuhkan penyelidikan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAiR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri dan akademik dalam negara mahu pun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.

Sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) tahun 2022 di bawah inisiatif MyPAiR.

Program ini merupakan satu program untuk menggalak dan mempromosi pembangunan penyelidikan dan teknologi yang didorong oleh pasaran (market-driven) serta untuk menggalakkan kerjasama dan projek kerjasama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) di antara entiti dari kedua-dua negara melalui pembiayaan secara padanan daripada JPT, MIGHT dan CDTI.


BIDANG PENYELIDIKAN

  • Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);
  • Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan);
  • Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju);
  • Health (Kesihatan);
  • Electrical & Electronics (Elektrikal & Elektronik);
  • Aerospace (Aeroangkasa); dan
  • Smart Agriculture (Pertanian Pintar).

TEMPOH PERMOHONAN

  • Geran Penyelidikan ini akan dibuka mulai 18 April 2022 sehingga 25 Julai 2022.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah dua (2) tahun sahaja.

PERMOHONAN

  • Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan rakan kolaborasi menggunakan templet permohonan yang disediakan;
  • Permohonan perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dimajukan kepada urus setia sebelum atau pada 25 Julai 2022 (Isnin) jam 5.00 petang melalui emel ke danakhas.bkpi@mohe.gov.my dan satu (1) salinan keras ke alamat berikut:

    Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT
    Aras 7, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    62200 PUTRAJAYA
    (u.p.: Urusetia Dana Khas)


  • Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Ketua Projek (PI) Sepanyol melalui laman web CDTI;
  • Pemohon adalah dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti di Annex 3. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT;
  • Pemohon perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) industri Malaysia dan Sepanyol. Pihak Kementerian tidak dapat membantu dalam mengenalpasti rakan kerjasama tersebut. Bukti persetujuan untuk berkerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan;
  • Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu mengemukakan permohonan dari Institusi masing-masing secara bersekali. Senarai keseluruhan permohonan (masterlist – Annex 4) perlu dihantar bersama; dan
  • Penilaian dalaman Institusi tidak perlu dilaksanakan.

PERUNTUKAN

Peruntukan bagi penyelidik daripada Universiti Awam (UA) adalah di bawah pembiayaan JPT, peruntukan rakan industri Malaysia di bawah pembiayaan MIGHT manakala peruntukan bagi rakan industri Sepanyol adalah di bawah pembiayaan CDTI.

Peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM500,000.00.


 
Dikemaskini pada 21 Apr 2022
Jumlah Capaian : 41620
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 788
'.Semalam.' Keseluruhan 5170385
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS