Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2022
Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.
Pembiayaan dana MyLAB meliputi sepuluh (10) Pemacu Sosioekonomi bagi Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) seperti berikut:-
Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (Government Linked University (GLU)) selaku Universiti Peneraju dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2022).
Permohonan geran MyLAB 1/2022 dibuka pada 18 April 2022 dan tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2022 (penghantaran full proposal)..
*TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN MyLAB 1/2022: 30 JUN 2022
KAEDAH PERMOHONAN: