KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG - JEJAK SARJANA ULUNG (LRGS-JSU)

FALSAFAH

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang - Jejak Sarjana Ulung (LRGS-JSU) berupaya menggalakkan Penyelidikan Penemuan Ulung (Terobosan) yang berisiko tinggi, bernilai tinggi, bersifat transformatif, bercita-cita tinggi dan menjadi pelopor paradigma dalam bidang fokus tertentu.


DEFINISI

LRGS-JSU adalah penyelidikan fundamental yang melibatkan skop yang ekstensif dan tempoh masa yang panjang serta memerlukan komitmen yang tinggi.
LRGS-JSU juga boleh menghasilkan teori dan idea baharu yang terkehadapan dalam bidang-bidang yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu.


PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG

LRGS-JSU adalah penyelidikan fundamental yang melibatkan skop lebih ekstensif; dan tempoh masa yang panjang serta memerlukan komitmen yang tinggi. LRGS-JSU boleh menghasilkan idea novel yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu.


OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk melangkau norma had penyelidikan fundamental sedia ada dengan menghasilkan idea yang sangat baharu dan asli yang memberikan impak besar terhadap kemakmuran masyarakat Malaysia dan antarabangsa.


ASAS PERMOHONAN

Geran ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik universiti dengan syarat-syarat berikut:

  • Geran LRGS-JSU Tahun 2021 ini terbuka kepada semua Universiti Awam (UA).
  • Setiap UA hanya dibenarkan untuk mengemukakan dua (2) permohonan sahaja.
  • Geran LRGS-JSU adalah bersifat single discipline.
  • Kumpulan penyelidikan adalah terdiri daripada Ketua Penyelidik, Mentor dan ahli projek.

BIDANG KEUTAMAAN PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah memilih salah satu (1) daripada lima (5) bidang keutamaan penyelidikan LRGS-JSU seperti berikut:

  1. Fizik (Physics)
  2. Kimia (Chemistry)
  3. Fisiologi dan Perubatan (Physiology and Medicine)
  4. Sains Ekonomi (Economic Science)
  5. Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan (Knowledge and Discovery of Frontiers)

DOMAIN PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan domain penyelidikan seperti berikut:

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

KLUSTER PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kluster penyelidikan seperti berikut:

  1. Sekuriti dan Keselamatan Makanan (Food Safety & Security)
  2. Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure)
  3. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change and Environment)
  4. Kesihatan (Health)
  5. Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society)
  6. Keselamatan Negara (National Security)
  7. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social and Economic Wellbeing)
  8. Teknologi Terkehadapan dan Pembuatan Termaju (Frontier Technologies and Advanced Manufacturing)

*Nota: Sektor Keutamaan adalah merangkumi IR4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk kepada National Policy on Industry 4.0.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah di antara tiga (3) hingga empat (4) tahun.

SILING PERUNTUKAN

Jumlah peruntukan yang dipohon tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM5,000,000.00 sepanjang tempoh penyelidikan.


 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 155364
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 885
'.Semalam.' Keseluruhan 5559580
Selasa, 23 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS