KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN KHAS PASCA COVID-19

TUJUAN


Penawaran geran penyelidikan ini yang bersifat jangka pendek, adalah usaha KPT dalam menyediakan sumber rujukan kepada Kerajaan terutamanya kepada Kementerian berkaitan sebagai persediaan merangka polisi atau dasar dalam menghadapi senario kehidupan selepas wabak COVID-19. Antara bidang kajian penyelidikan yang dikenal pasti amat berkait rapat dengan masyarakat bagi menghadapi realiti kehidupan selepas tempoh tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19. Wabak ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi, kesihatan awam, keselamatan, pelancongan, perdagangan, teknologi maklumat, pendidikan, keselamatan makanan (food security) dan sebagainya. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada 20 bidang utama yang akan membantu negara untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi selain menghadapi kehidupan baru bagi mengelakkan wabak COVID-19 menular semula.

 

Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19 ini akan dibuka mulai 15 April 2020 sehingga 30 April 2020. 


PERHATIAN :

  1. Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19 yang disertakan. Borang Permohonan seperti yang dilampirkan.
  2. Permohonan perlu melalui penilaian dalaman dengan minimum dinilai oleh seorang panel berpangkat Profesor dalam bidang kepakaran berkaitan. Ulasan panel beserta bukti tindakan penambahbaikan yang telah diambil perlu disertakan.
  3. Permohonan mestilah telah diperakui oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan mendapat sokongan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi sebelum dimajukan kepada urusetia melalui emel ke danakhas.bkpi@moe.gov.my sebelum atau pada 30 April 2020 jam 11.59 malam.
  4. Pihak RMC dan TNCPI setiap Institusi perlu memainkan peranan penting untuk memastikan hanya 10 proposal terbaik yang terpilih dan dihantar ke KPT.
  5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
    URUSETIA GERAN PENYELIDIKAN KHAS PASCA COVID-19:
    i. Puan Rohida binti Kamis : rohida.kamis@moe.gov.my / 03-8870 6979
    ii. Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani : amira.zailani@moe.gov.my / 03-8870 6969
 
Dikemaskini pada 13 Jul 2021
Jumlah Capaian : 226548
 
E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 711
'.Semalam.' Keseluruhan 5556247
Jumaat, 19 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS