Portal Rasmi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION
MALAYSIA

Log Masuk
 

SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)


FALSAFAH

Kebanyakan hasil penyelidikan pembangunan prototaip tidak dapat dikomersilkan kerana hasil penyelidikan masih di peringkat awal. Untuk kesinambungan, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan untuk  membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi baru selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru. 


PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP

Dana yang diwujudkan bagi pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuan makmal/penyelidikan sehingga sebelum prapengkomersilan. Ini termasuk pembuktian konsep (proof of concept), penilaian (evaluation), skala naik (up-scaling), ujian pra-klinikal (pre-clinical testing) dan ujian lapangan (field testing).


OBJEKTIF

Dana PRGS diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.


BIDANG PENYELIDIKAN

Terbuka untuk semua bidang penyelidikan yang telah mempunyai hasil penemuan yang memerlukan Pembangunan Prototaip.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik IPTA dan IPTS dengan syarat-syarat berikut:-

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap.
  • Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap.

KRITERIA PENILAIAN

Geran yang dipohon mestilah melibatkan penghasilan salah satu perkara berikut:

  1. Pembuktian konsep (proof of concept)
  2. Penilaian (evaluation)
  3. Skala naik (up scaling)
  4. Ujian Pra Klinikal (pre-clinical testing)
  5. Ujian lapangan (field testing); dan
    • Prototaip yang memberi impak kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
    • Prototaip yang berpotensi untuk menjana industri berasaskan ilmu/pengetahuan baru; atau
    • Prototaip yang berpotensi yang menyumbang kepada agenda strategik negara.

Geran PRGS tidak boleh digunakan bagi perkara berikut:

  1. Menghasilkan pelan perniagaan (Business plan)
  2. Kajian pasaran (Market survey)
  3. Permohonan dan Pendaftaran Harta Intelek (IP filing and registration)
  4. Pameran dan Promosi produk (Product exhibition and promotion)
  5. Pembentangan persidangan (Conference presentation)

TEMPOH PENYELIDIKAN

Maksimum 2 tahun


Muat Turun Garis Panduan PRGS (Pindaan 2019)
Muat Turun Kriteria Penilaian PRGS (Pindaan 2019)
 
Dikemaskini pada 8 Mar 2019
Jumlah Capaian : 306665
Paparan terbaik : IE9 / Firefox 11 ke atas / Google Chrome
dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS Hak Cipta | Dasar Privasi & Keselamatan
Dikemaskini pada : Isnin, 20 Mei 2019  
'.Hari ini.' Hari Ini 554
'.Semalam.' Keseluruhan 2934964