KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN STRATEGIK "TRANSLATIONAL RESEARCH"

FALSAFAH

Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem inovasi yang memerlukan perkongsian kerjasama yang menggabungkan lingkaran empat pihak (quadruple helix) yang terdiri daripada akademia, industri, kerajaan dan komuniti. Kerjasama ini diharap dapat mempercepatkan pengkomersilan idea yang memenuhi kehendak pasaran semasa.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), program Penyelidikan Strategik "Translational Research" merupakan antara inisiatif di bawah Lonjakan 7: Ekosistem Inovasi yang dilihat dapat membangunkan ekosistem inovasi dalam bidang strategik yang kritikal bagi pertumbuhan ekonomi negara.


TUJUAN

Skim Geran Penyelidikan Strategik - "Translational Research @ MoE" (TR@M) merupakan skim geran yang memfokuskan kepada penyelidikan yang dapat menghasilkan output dan "outcome" berimpak kepada kerajaan, komuniti, industri dan akademia. Melalui skim geran penyelidikan ini juga, ia mampu untuk mengetengahkan dan menghebahkan kepentingan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang banyak memberikan impak besar kepada pihak-pihak berkepentingan dalam konteks "quadruple helix".

Kementerian juga akan memberikan tumpuan pada beberapa bidang keutamaan untuk difokuskan selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).


SYARAT AM PERMOHONAN

JPT menawarkan geran ini berdasarkan pada keperluan pemegang taruh (stakeholder) bagi memenuhi aspirasi dan agenda penyelidikan negara. Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Ketua Penyelidik mestilah warganegara Malaysia;
  2. Kakitangan akademik bertaraf tetap atau kontrak (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah) dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap daripada IPT yang sama;
  3. Kakitangan akademik yang bercuti belajar dan cuti sabatikal (luar dan dalam negara yang melebihi tempoh 6 bulan) tidak dibenarkan membuat permohonan, tetapi boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan tersebut;
  4. Ketua Penyelidik mestilah pernah menerima mana-mana geran penyelidikan kompetitif peringkat nasional atau antarabangsa yang berkaitan serta berjaya melaksanakan projek tersebut dan menghasilkan penemuan yang boleh diketengahkan untuk manfaat komuniti, industri, Institusi dan Kerajaan (berkonsepkan "quadruple helix");
  5. Ketua Penyelidik hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan projek sahaja pada setiap fasa. Projek terdahulu perlu selesai sepenuhnya dan mendapat perakuan RMC serta telah selesai membentangkan Laporan Akhir kepada Jawatankuasa Penilaian di JPT, sebelum mengemukakan permohonan baharu.
  6. Setiap permohonan projek mestilah memenuhi salah satu bidang yang telah ditetapkan berdasarkan Sektor Keutamaan Negara, Kluster Penyelidikan dan Domain Penyelidikan seperti berikut:

    1. Sektor Keutamaan Negara (National Priority Area - NPA)

      • Jaminan Makanan (Food Security)
      • Jaminan Tenaga (Energy Security)
      • Keselamatan Siber* (Cyber Security)
      • Jaminan Air (Water Security)
      • Kepelbagaian Bio (Biodiversity)
      • Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
      • Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Environment and Climate Change)
      • Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)

      * Nota: Bidang Keutamaan merangkumi Industrial Revolution (IR) 4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk kepada "National Policy on Industry 4.0".

    2. Kluster Penyelidikan

      • Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure)
      • Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change and Environment)
      • Kesihatan (Health)
      • Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society)
      • Keselamatan Negara (National Security)
      • Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social and Economic Wellbeing)
      • Teknologi Terkehadapan dan Pembuatan Termaju (Frontier Technologies and Advanced Manufacturing)

    3. Domain Penyelidikan

      • Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
      • Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
      • Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
      • Sains Sosial (Social Sciences)
      • Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
      • Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
      • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan tidak melebihi dua (2) tahun.


SILING PERUNTUKAN

Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang ditetapkan berjumlah RM2 juta (berpadanan dengan skop penyelidikan yang akan dilaksanakan). Penetapan siling peruntukan ini mestilah dipatuhi melainkan terdapat apa-apa pengecualian atau arahan daripada JPT.


 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 284087
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 547
'.Semalam.' Keseluruhan 5561185
Khamis, 25 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS