KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL BAGI PENYELIDIK BAHARU (FRGS-RACER)

FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Penyelidikan Fundamental dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.


OBJEKTIF

Dana ini berperanan sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan di kalangan penyelidik baharu supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. FRGS-RACER ini dilaksanakan mengikut garis panduan FRGS dari segi definisi penyelidikan fundamental, domain penyelidikan, kaedah permohonan, kriteria penilaian, pemantauan dan hasil penyelidikan. Pementoran merupakan keperluan pelaksanaan projek di bawah FRGS-RACER.


SYARAT AM PERMOHONAN

Geran ini adalah terbuka kepada penyelidik baharu di Universiti Awam (UA) bukan berstatus Universiti Penyelidikan (Research University - RU) iaitu universiti rakan RU (RRU) dengan syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Kakitangan akademik berstatus tetap dengan gred DS45 atau setara dan ke atas;
  • Mempunyai pengalaman sebagai ahli akademik tidak melebihi lima (5) tahun;
  • Tidak pernah menerima mana-mana geran penyelidikan kompetitif peringkat nasional atau antarabangsa sebagai Ketua Penyelidik;
  • Setiap pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan projek sahaja pada setiap fasa;
  • Kakitangan akademik sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon FRGS-RACER; dan
  • Mentor yang dilantik mestilah kakitangan akademik yang berpengalaman dari universiti masing-masing atau universiti lain.

SEKTOR KEUTAMAAN NEGARA

Setiap permohonan hendaklah memenuhi Sektor Keutamaan Negara (National Priority Areas-NPAs) seperti berikut:

  1. Jaminan Makanan (Food Security)
  2. Jaminan Tenaga (Energy Security)
  3. Keselamatan Siber* (Cyber Security)
  4. Jaminan Air (Water Security)
  5. Kepelbagaian Bio (Biodiversity)
  6. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
  7. Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Environment and Climate Change)
  8. Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)

KLUSTER PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kluster penyelidikan seperti berikut:

  1. Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure)
  2. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change and Environment)
  3. Kesihatan (Health)
  4. Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society)
  5. Keselamatan Negara (National Security)
  6. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social and Economic Wellbeing)
  7. Teknologi Terkehadapan dan Pembuatan Termaju (Frontier Technologies and Advanced Manufacturing)

*Nota: Sektor Keutamaan adalah merangkumi IR4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk kepada National Policy on Industry 4.0.


DOMAIN PENYELIDIKAN

Pembiayaan geran FRGS-RACER meliputi domain asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Domain yang dikenalpasti adalah:-

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Warisan dan Alam Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi dua (2) tahun.


SILING PERMOHONAN

Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu:

  • Bidang Sains dan Teknologi - Siling setiap projek adalah tidak melebihi RM80,000.00.
  • Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan - Siling setiap projek adalah tidak melebihi RM50,000.00.
 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 296343
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 1119
'.Semalam.' Keseluruhan 5553374
Selasa, 16 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS