KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICoE) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

FALSAFAH

Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) merupakan sebuah program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT di dalam bidang penyelidikan nic. Melalui program ini, JPT memberi penarafan HICoE kepada pusat kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) yang berprestasi tinggi dalam bidang penyelidikan nic.

HICoE yang telah diiktiraf telah menghasilkan impak kepada penghasilan bakat baru penyelidikan, penerbitan jurnal berimpak tinggi serta penghasilan inovasi yang dapat memberi bermanfaat kepada akademia, industri, kerajaan, komuniti dan persekitaran. Pemantauan prestasi secara berkala akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan selari dengan objektif program HICoE serta sebagai asas bagi penyaluran dana penyelidikan HICoE yang seterusnya.


Senarai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi

Definisi : Definisi : Sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan dan rundingan kepada industri dan masyarakat. Lebih 70% aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat ini bertumpu kepada penyelidikan dan inovasi manakala kurang 30% meliputi aspek perkhidmatan dan rundingan.

Syarat Asas:

  1. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT.
  2. Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
  3. Pusat Kecemerlangan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
  4. Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri.
  5. Pusat Kecemerlangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang staf akademik sepenuh masa berjawatan tetap.
  6. Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang tujahan.

Kriteria Instrumen Penilaian HICoE Teras Penyelidikan Dan Inovasi

HICoE Teras Perkhidmatan

Definisi : Sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri. Lebih daripada 70% aktivitinya hendaklah meliputi aspek perkhidmatan dan perundingan, manakala kurang daripada 30% meliputi aspek penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran.

Syarat Asas:

  1. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT.
  2. Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
  3. Pusat Kecemerlangan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
  4. Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri.
  5. Pusat Kecemerlangan hendaklah mampu menampung kos operasi apabila diiktiraf dan mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos operasi dan 50% emolumen selepas tiga tahun (3) diiktiraf sebagai HICoE.
  6. Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang tujahan.

Kriteria Instrumen Penilaian HICoE Teras Perkhidmatan

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Instrumen HICoE bermula 6 Julai 2020.
    [Klik sini untuk memuat turun Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi ]
    [Klik sini untuk memuat turun Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan ]
  2. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic terpilih dan kukuh di CoE masing-masing serta perlu berkaitan rapat dengan salah satu daripada lapan (8) bidang yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
  3. Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPT masing-masing.
  4. Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan dokumentasi seperti berikut:
    • Sesalinan surat penubuhan CoE yang diikitraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU);
    • Dua (2) hardcopy Instrumen HICoE beserta senarai utama/masterlist); dan
    • Softcopy (Pen Drive/CD) Instrumen beserta senarai utama/masterlist dan dokumen bahan bukti.
    Dokumentasi tersebut haruslah dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 6 Ogos 2020 (Khamis), jam 12.00 tengah hari..
  5. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbang untuk proses selanjutnya.
  6. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
    i. Puan Aini Dayana binti Md Ali : 03 - 8870 6962 ainidayana@mohe.gov.my
    ii. Puan Norainil Hawa binti Bahrin : 03 - 8870 6967 norainilhawa@mohe.gov.my
 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 366384
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 228
'.Semalam.' Keseluruhan 5560866
Khamis, 25 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS