Portal Rasmi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION
MALAYSIA

Log Masuk
 

SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANS DISIPLINARI (TRGS)

FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) merangkumi penyelidikan fundamental dan eksploratori yang dapat menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, perkembangan sempadan ilmu, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

TRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai kluster penyelidikan dan bersifat trans disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam kluster tertentu.


DEFINISI

Penyelidikan TRGS merupakan penyelidikan asas dan eksploratori yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.


TUJUAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.


SILING PERMOHONAN

Jumlah siling permohonan bagi keseluruhan program adalah RM1,500,000.00 (1.5 juta). Tahun pertama tidak melebihi 50% daripada jumlah yang diluluskan.


SEKTOR KEUTAMAAN NEGARA

Setiap permohonan hendaklah memenuhi Sektor Keutamaan Negara (National Priority Areas-NPAs) seperti berikut:

  1. Jaminan Makanan (Food Security)
  2. Jaminan Tenaga (Energy Security)
  3. Keselamatan Siber* (Cyber Security)
  4. Jaminan Air (Water Security)
  5. Kepelbagaian Bio (Biodiversity)
  6. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
  7. Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Environment and Climate Change)
  8. Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)

KLUSTER PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kluster penyelidikan seperti berikut:

  1. Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure)
  2. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change and Environment)
  3. Kesihatan (Health)
  4. Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society)
  5. Keselamatan Negara (National Security)
  6. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social and Economic Wellbeing)
  7. Teknologi Terkehadapan dan Pembuatan Termaju (Frontier Technologies and Advanced Manufacturing)

*Nota: Sektor Keutamaan adalah merangkumi IR4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk kepada National Policy on Industry 4.0.


DOMAIN PENYELIDIKAN

Program ini mesti melibatkan minimum tiga (3) projek di bawah domain yang berbeza dari institusi yang sama. Pengecualian diberi untuk kes-kes tertentu yang melibatkan maksimum satu (1) domain dari Universiti Awam lain.

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan syarat-syarat berikut:-

  1. Ketua Program hendaklah warganegara Malaysia;
  2. Ketua Program adalah kakitangan akademik tetap dan mengetuai salah satu projek dalam program tersebut.
  3. Minimum dua (2) Ketua Projek hendaklah warganegara Malaysia;
  4. Ketua Projek yang bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama kakitangan akademik bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  5. Bagi Ketua Projek (kakitangan akademik) bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia (kakitangan akademik) yang bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  6. Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Projek bagi satu projek sahaja. Setiap pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan sahaja pada setiap fasa.
  7. Permohonan baharu (sebagai Ketua Program dan Ketua Projek) bagi mereka yang telah diluluskan TRGS (sebagai Ketua Program dan Ketua Projek) pada fasa yang terdahulu akan diberi pertimbangan dengan bukti projek tersebut telah selesai sepenuhnya (100%) di dalam modul pemantauan sistem MyGRANTS dan disahkan oleh RMC serta telah selesai membentangkan Laporan Akhir kepada jawatankuasa yang dilantik.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah tiga (3) tahun.


Muat Turun Garis Panduan TRGS (Pindaan 2019)
Muat Turun Kriteria Penilaian TRGS (Pindaan 2019)
 
Dikemaskini pada 13 Mar 2019
Jumlah Capaian : 300945
Paparan terbaik : IE9 / Firefox 11 ke atas / Google Chrome
dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS Hak Cipta | Dasar Privasi & Keselamatan
Dikemaskini pada : Selasa, 23 April 2019  
'.Hari ini.' Hari Ini 2928
'.Semalam.' Keseluruhan 2842461