Portal Rasmi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION
MALAYSIA

Log Masuk
 

SKIM PENYELIDIKAN EKSPLORATORI (ERGS)


FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan.Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) dapat menggalakkan penyelidikan awal dan menggalakkan penerokaan ilmu yang boleh  menjana dan memantapkan ilmu untuk menyumbang kepada peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.


PENYELIDIKAN EKSPLORATORI

Penyelidikan Eksploratori merupakan penyelidikan yang boleh menjawab persoalan tentang "Apa" dan "Di mana". Penyelidikan jenis ini dapat menjana idea baru dalam sesuatu domain ilmu yang belum diteroka sepenuhnya. Penyelidikan eksploratori pada dasarnya bertujuan mencari sesuatu yang baru dan menyingkap rahsia yang terkandung dalam domain ilmu tersebut. Di samping membantu ke arah penjanaan disiplin baru, penyelidikan eksploratori juga dapat mengenalpasti masalah yang berkaitan  dalam bidang-bidang penyelidikan tertentu.


OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan inquisitive minds, meneroka idea dan konsep baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu.


BIDANG PENYELIDIKAN

Pembiayaan geran ERGS meliputi bidang-bidang  yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang dikenalpasti adalah:-

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
  7. Pertahanan dan Keselamatan (Defence and Security)
  8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik IPTA dan IPTS dengan syarat-syarat berikut:-

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap.
  • Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf  tetap.

KRITERIA PENILAIAN

  • Kajian awal ke atas idea baru dan masih belum diuji.
  • Meneroka idea penyelidikan baru yang berpotensi ke arah penjanaan transformasi.
  • Aplikasi kepakaran baru atau pendekatan baru kepada tajuk penyelidikan yang mapan.
  • Kajian yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan atau peralatan masalah yang mendesak dan amat diperlukan seperti bencana alam, antropogenik atau kejadian yang tidak diduga.
  • Kajian yang boleh mencetuskan penemuan segera dan inovatif.

TEMPOH PENYELIDIKAN

1 hingga 3 tahun



**PERMOHONAN BAGI SKIM ERGS TELAH DIJUMUDKAN MULAI 29 JANUARI 2014**


Muat Turun Garis Panduan ERGS
 
Dikemaskini pada 17 Feb 2014
Jumlah Capaian : 311315
Paparan terbaik : IE9 / Firefox 11 ke atas / Google Chrome
dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS Hak Cipta | Dasar Privasi & Keselamatan
Dikemaskini pada : Khamis, 20 Jun 2019  
'.Hari ini.' Hari Ini 1610
'.Semalam.' Keseluruhan 3035538