KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

MyGRANTS Untuk Penyelidik


MyGRANTS direkabentuk dan dibangunkan untuk memudahkan penyelidik dalam urusan dan aktiviti penyelidikan. Diantara perkhidmatan yang disediakan melalui MyGRANTS kepada seluruh penyelidik khususnya penyelidik dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan one-stop-center untuk pengurusan geran penyelidikan yang disediakan oleh KPM iaitu di bawah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI) yang meliputi modul-modul berikut :

     
  2. Geran-geran yang boleh dimasukkan melalui MyGRANTS adalah seperti berikut:

    1. Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)
    2. Exploratory Research Grant Scheme (ERGS)
    3. Prototype Development Research Grant Scheme (PRGS)
    4. Trans Disciplinary Research Grant Scheme (TRGS)
    5. Long Term Research Grant Scheme (LRGS)
    6. Research Acculturation Grant Scheme (RAGS)
    7. Geran Sanjungan Penyelidikan KPM (GSP-KPM)
    8. Research Acculturation Collaborative Effort (RACE)
    9. Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)
  3. Menyediakan one-stop-center untuk penyelidik bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan pengetahuan, mengenalpasti rakan penyelidik, penyelia, pemeriksa dan pakar-pakar penyelidik dalam bidang-bidang tertentu.

  4. Menyediakan maklumat berkaitan dengan hasil penyelidikan seperti penulisan, harta intelek, produk yang boleh dikomersialkan dan sebagainya.

Dengan penggunaan MyGRANTS ini serta komitmen dan sokongan padu penyelidik serta semua pihak yang terlibat dengan penyelidikan termasuk Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT(RMC) dan Panel Penilai , penyelidik akan lebih mudah berkomunikasi, berurusan dan mendapatkan maklumat terkini dengan cepat dan tepat, dengan itu akan merangsang lebih banyak hasil-hasil penyelidikan yang lebih berkualiti dari masa ke semasa bagi mencapai visi, misi dan hasrat Kementerian dan Negara.



Terima kasih kerana menggunakan MyGRANTS.

 
Dikemaskini pada 17 Feb 2014
Jumlah Capaian : 2759674
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 14588
'.Semalam.' Keseluruhan 7555789
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS