KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

MyGRANTS Untuk Pihak Industri

MyGRANTS direkabentuk dan dibangunkan untuk memudahkan pihak industri mendapatkan maklumat berkaitan dengan aktiviti dan hasil penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Diantara perkhidmatan yang disediakan melalui MyGRANTS kepada pihak industri adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan one-stop-center bagi pihak industri untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
     
  2. Menyediakan one-stop-center bagi pihak industri untuk memasukkan maklumat berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
    1. Tawaran geran penyelidikan dari pihak industri.
    2. Senarai permasalahan di dalam industri yang boleh dijadikan tajuk penyelidikan.
    3. Keperluan untuk mendapatkan penyelidik bagi menjalankan penyelidikan bersama industri.
  3. Menyediakan one-stop-center untuk industri dan penyelidik bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan pengetahuan, mengenalpasti rakan penyelidik dan pakar-pakar penyelidik dalam bidang-bidang tertentu.

Adalah diharapkan dengan penggunaan MyGRANTS ini serta komitmen dan sokongan padu pihak industri dan penyelidik, pihak industri dan penyelidik akan lebih mudah berkomunikasi, berurusan dan mendapatkan maklumat terkini dengan cepat dan tepat, dengan itu akan merangsang lebih banyak hasil-hasil penyelidikan yang lebih boleh dikomersialkan dan berkualiti dari masa ke semasa bagi mencapai visi, misi dan hasrat Kementarian dan Negara.


 

   

Terima kasih kerana menggunakan MyGRANTS.

 
Dikemaskini pada 17 Feb 2014
Jumlah Capaian : 591032
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 868
'.Semalam.' Keseluruhan 5561506
Khamis, 25 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS