KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA
 

MyGRANTS Untuk Institusi


Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Sistem pengajian tinggi dibentuk untuk memastikan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan terus dilakukan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.

Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.


Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Melahirkan modal insan yang berkualiti adalah prasyarat yang utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama oleh institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Dua (2) teras yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) memfokuskan secara langsung kepada peranan ini iaitu memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan soal pengurusan akses dan ekuiti.


Carta Alir Permohonan Geran

 

Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Universiti Cawangan yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

   Senarai IPTA
   Senarai IPTS / Universiti Cawangan
 
Dikemaskini pada 17 Feb 2014
Jumlah Capaian : 591063
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 1002
'.Semalam.' Keseluruhan 5559697
Selasa, 23 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS