KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)

FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini, sebuah dana khusus diperlukan bagi memenuhi aspirasi tersebut. Falsafah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah untuk menggalakkan penyelidikan asas agar dapat menjana ilmu baharu beracuan Malaysia yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.


PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL

Penyelidikan fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baharu beracuan Malaysia demi perkembangan ilmu.


OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baharu beracuan Malaysia yang menjadi pemangkin kepada penemuan baharu yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.


DOMAIN PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah memenuhi salah satu domain penyelidikan seperti berikut:-

  • Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  • Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  • Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  • Sains Sosial (Social Sciences)
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  • Warisan dan Alam Sekitar (Environment and Heritage)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan sebagai Penyelidik Utama (PI) terbuka kepada kakitangan akademik (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan dan Pensyarah) sepenuh masa di Universiti Awam, Universiti Swasta, Kolej Universiti Swasta dan Universiti Cawangan dan mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana;
  • Penyelidik Utama (PI) dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap yang mempunyai kepakaran yang sama dan dari Institusi yang sama sebagai Ketua Penyelidik Seterusnya (Next Appointed Leader).
  • Ketua Penyelidik bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat mestilah mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap dalam bidang kepakaran yang sama dan dari Institusi yang sama sebagai Ketua Penyelidik Seterusnya (Next Appointed Leader).
  • Pegawai penyelidik (lantikan universiti dan bertaraf tetap) atau pegawai pasca doktoral daripada Universiti Awam atau Universiti Swasta, pegawai penyelidik dari Institusi Penyelidikan (RI) serta pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) hanya dibenarkan menjadi penyelidik bersama.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/ kaedah/model/proses baharu; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara

SILING PERUNTUKAN

Peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM250,000.00.


TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah dua (2) tahun atau tiga (3) tahun sahaja.


 
Dikemaskini pada 1 Nov 2023
Jumlah Capaian : 590811
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 536
'.Semalam.' Keseluruhan 5556072
Jumaat, 19 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS