Portal Rasmi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

MINISTRY OF HIGHER EDUCATION

Log Masuk
 

Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)


Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan mengkomersialkan produk penyelidikan akademia, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu. MyLAB diharap berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang cutting edge khususnya nic yang telah dikenal pasti.

MyLAB juga dapat membina kerjasama keserakanan dan kesepunyaan merentasi pelbagai institusi di IPT dengan sektor industri dan bersifat multi disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan dan pengkomersialan dalam nic-nic tertentu.

Bidang tujahan MyLAB merupakan program pra-pengkomersialan produk penyelidikan yang berfokuskan kepada sepuluh (10) bidang teknologi iaitu:

  1. Nanoteknologi
  2. Bioteknologi
  3. Aeroangkasa
  4. Automotif & Teknologi Pengangkutan
  5. Minyak & Gas
  6. Tenaga Boleh Diperbaharui
  7. Penjagaan Kesihatan
  8. Teknologi Hijau
  9. Kecukupan Makanan
  10. Sains Sosial dan Kemasyarakatan

MyLAB melibatkan sekurang-kurangnya dua (2) makmal penyelidikan di pelbagai IPT dan satu (1) industri yang berkaitan dalam melaksanakan projek penyelidikan. Projek MyLAB melibatkan skop yang lebih spesifik dengan tempoh masa maksimum sehingga dua (2) tahun. Melalui inisiatif MyLAB, teknologi dan inovasi yang relevan kepada kehendak industri mampu dibangunkan.


VISI MyLAB

Membantu akademia mengkomersialkan produk penyelidikan melalui kolaborasi bersama industri sebagai satu rantaian nilai yang lengkap ke arah melahirkan usahawan di kalangan akademia.


MISI MyLAB

  • Mewujudkan perkongsian pintar di antara akademia dan industri yang berfokuskan produk penyelidikan berpotensi tinggi untuk dikomersialkan; dan
  • Meningkatkan pembangunan dan pra-pengkomersialan produk, teknologi dan servis untuk menghasilkan "total solution showcase" yang sedia untuk dikomersialkan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Urus setia MyLAB:
i. Puan Norlizawaty Abdu Samad : 03-8870 6952
ii. Cik Nurul Nadheerah Baharudin : 03-8870 6954
iii. Encik Abdul Zuhaily bin Nasir : 03-8870 6000 samb. 4579
iv. Puan Juita Baba : 03-8870 6956
No. Faks : 03-8870 6867
Emel : mylabbpki@mohe.gov.my

Muat Turun Dokumen Permohonan MyLAB 2018 (DRAF)
 
Dikemaskini pada 12 Jun 2018
Jumlah Capaian : 242864
Paparan terbaik : IE9 / Firefox 11 ke atas / Google Chrome
dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS Hak Cipta | Dasar Privasi & Keselamatan
Dikemaskini pada : Jumaat, 22 Jun 2018  
'.Hari ini.' Hari Ini 115
'.Semalam.' Keseluruhan 2293579