KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

FALSAFAH

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang fokus yang telah dikenalpasti.

LRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai institusi dan bersifat multi disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam bidang-bidang fokus tertentu.


DEFINISI

LRGS adalah penyelidikan fundamental yang melibatkan skop yang ekstensif; dan tempoh masa yang panjang serta memerlukan komitmen yang tinggi.

LRGS juga boleh menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam bidang-bidang yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu.


PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG

LRGS adalah penyelidikan fundamental yang melibatkan skop lebih ekstensif; dan tempoh masa yang panjang serta memerlukan komitmen yang tinggi. LRGS boleh menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu.


OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk memantapkan kecemerlangan dalam penjanaan teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu.


SYARAT AM PERMOHONAN

Geran ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik universiti dengan syarat-syarat berikut:

  • Penyelidikan terbuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US).
  • Program mestilah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) universiti tempatan.
  • Program mestilah bersifat antara disiplin (interdisciplinary).
  • Hanya warganegara Malaysia boleh menerajui program LRGS.

SEKTOR KEUTAMAAN NEGARA

Setiap permohonan hendaklah memenuhi Sektor Keutamaan Negara (National Priority Areas-NPAs) seperti berikut:

  1. Jaminan Makanan (Food Security)
  2. Jaminan Tenaga (Energy Security)
  3. Keselamatan Siber* (Cyber Security)
  4. Jaminan Air (Water Security)
  5. Kepelbagaian Bio (Biodiversity)
  6. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
  7. Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Environment and Climate Change)
  8. Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)

KLUSTER PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kluster penyelidikan seperti berikut:

  1. Sekuriti dan Keselamatan Makanan (Food Safety & Security)
  2. Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure)
  3. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change and Environment)
  4. Kesihatan (Health)
  5. Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society)
  6. Keselamatan Negara (National Security)
  7. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social and Economic Wellbeing)
  8. Teknologi Terkehadapan dan Pembuatan Termaju (Frontier Technologies and Advanced Manufacturing)

*Nota: Sektor Keutamaan adalah merangkumi IR4.0 (Cyber Security, Big Data, Artificial Intelligence) yang merujuk kepada National Policy on Industry 4.0.


DOMAIN PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan domain penyelidikan seperti berikut:

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

Permohonan kertas cadangan penyelidikan perlulah mengikut panggilan kertas kerja (call for proposals) yang telah ditetapkan oleh JPT, KPM pada tahun tersebut.


TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.


SILING PERUNTUKAN

Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM3,000,000.00 setahun.


 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 591080
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 794
'.Semalam.' Keseluruhan 5559489
Selasa, 23 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS