KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANS DISIPLINARI (TRGS)

FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Justeru, sebuah dana khusus diperlukan bagi tujuan tersebut. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) merangkumi penyelidikan fundamental dan eksploratori yang dapat menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, perkembangan sempadan ilmu, penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

TRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai kluster dan domain penyelidikan, bidang fokus dan bersifat transdisiplin untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju dari segi penyelidikan fundamental.


DEFINISI

Penyelidikan TRGS merupakan penyelidikan asas dan eksploratori yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.


TUJUAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.


SILING PERMOHONAN

Jumlah siling permohonan bagi keseluruhan program adalah RM1,500,000.00 (RM1.5 juta). Peruntukan tahun pertama hendaklah tidak melebihi 50% daripada jumlah yang diluluskan.


CALL FOR PROPOSALS

Setiap permohonan hendaklah memenuhi salah satu daripada Call For Proposals (CFP) yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Energy, Climate Change and Environment
  2. Pandemic Mitigation, Preparedness, Response and Recovery
  3. National Resilience to Security Threats
  4. Artificial Intelligence and Internet of Everything Technology

KLUSTER PENYELIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah berdasarkan kluster penyelidikan seperti berikut:

  1. Sekuriti dan Keselamatan Makanan (Food Safety & Security)
  2. Infrastruktur Asas (Basic Infrastructure)
  3. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Climate Change and Environment)
  4. Kesihatan (Health)
  5. Pendidikan dan Masyarakat Madani Celik Ilmu (Education & Knowledgeable Civil Society)
  6. Keselamatan Negara (National Security)
  7. Kesejahteraan Sosial dan Ekonomi (Social and Economic Wellbeing)
  8. Teknologi Terkehadapan dan Pembuatan Termaju (Frontier Technologies and Advanced Manufacturing)

DOMAIN PENYELIDIKAN

Program ini mesti melibatkan minimum tiga (3) projek di bawah domain penyelidikan yang berbeza dari Universiti yang sama. Pengecualian diberi untuk kes-kes tertentu yang melibatkan maksimum satu (1) domain dari Universiti Awam lain.

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Warisan Alam dan Budaya (Natural Sciences and National Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan syarat-syarat berikut:-

  1. Ketua Program hendaklah warganegara Malaysia;
  2. Ketua Program adalah kakitangan akademik bertaraf tetap (Profesor atau Profesor Madya) dan mengetuai salah satu projek dalam program tersebut.
  3. Semua Ketua Projek (kakitangan akademik (Profesor, Profesor Madya atau Pensyarah Kanan) bertaraf tetap/kontrak) hendaklah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia.
  4. Ketua Projek (kakitangan akademik bertaraf tetap/kontrak) dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap dalam bidang kepakaran yang sama dan dari Universiti yang sama sebagai Ketua Penyelidik Seterusnya (Next Appointed Leader).
  5. Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Projek bagi satu projek sahaja. Oleh yang demikian, hanya satu permohonan sahaja boleh dikemukakan pada setiap fasa.
  6. Permohonan baharu (sebagai Ketua Program dan Ketua Projek) bagi mereka yang telah diluluskan TRGS (sebagai Ketua Program dan Ketua Projek) pada fasa yang terdahulu atau permohonan akan diberi pertimbangan dengan bukti projek tersebut telah selesai sepenuhnya (100%) di dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS dan disahkan oleh RMC serta telah selesai membentangkan Laporan Akhir kepada jawatankuasa yang dilantik.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  2. Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  3. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  4. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah tiga (3) tahun.


 
Dikemaskini pada 22 Ogos 2022
Jumlah Capaian : 589905
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 133
'.Semalam.' Keseluruhan 5561692
Jumaat, 26 April 2024
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS