Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)
Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) ditubuhkan sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.
Program MyLAB diharap berupaya memacu pengkomersialan produk/teknologi hasil penyelidikan bagi mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang keluaran termaju (cutting edge).
Pembiayaan dana MyLAB meliputi sembilan (9) bidang teknologi yang telah dikenal pasti seperti berikut:-
Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (Government Linked University (GLU)) selaku Universiti Peneraju dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2021).
Permohonan geran MyLAB 1/2021 dibuka pada 1 April 2021 dan tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2021.
*TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN MyLAB 1/2021: 31 MEI 2021
KAEDAH PERMOHONAN: